Doa ini saya pelajari dari seorang Guru yang banyak mengajar mengenai amalan Zikrullah. Seperti kebiasaannya beliau akan bermula dengan beberapa mukadimah serta doa-doa. Jadi saya ingin berkongsi beberapa ayat yang berguna bagi tujuan menambah rezeki serta memohon hajat dari Allah S.W.T.
Salamun kaulam mir rabbir rahim,
Salamun kaulam mir rabbir rahim,
Salamun kaulam mir rabbir rahim.
Ya Allah ya tuhan kami tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
tiada daya dan upaya kami, hanya kami berharap pada pertolongan Mu
Ya Allah Ya Tuhan kami,
jadikanlah cahaya di dalam hati kami
jadikanlah cahaya di pendengaran kami
jadikanlah cahaya di hadapan kami
jadikanlah cahaya di belakang kami
jadikanlah cahaya di kanan kami
jadikanlah cahaya di kiri kami
jadikanlah cahaya di atas kami
jadikanlah cahaya di bawah kami
jikalau cahaya itu sukar untuk kami, maka Engkau mudahkanlah cahaya itu untuk kami
jikalau rezeki kami dilangit, maka Engkau turunkanlah
jikalau rezeki kami diperut bumi, maka Engkau keluarkanlah
HASBUNALLAHU WANI‘MAL WAKILHASBUNALLAHU WANI‘MAL WAKILHASBUNALLAHU WANI‘MAL WAKIL
*Gantikan ‘KAMI’ menjadi ‘AKU’ jika berdoa sendirian.
:: Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, hanya Engkau Yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
kredit/copy from: http://infozi.com/blog/2011/10/doa-murah-rezeki-serta-mohon-hajat/
No comments:
Post a Comment